Kelebihan2 Mempunyai Personal Trainer:
Teknik Yang Betul & Selamat.
Sama ada anda masih baru dalam bidang fitness ini atau tidak. Seorang Personal Trainer dapat membantu anda dari segi teknik exercise, posture & pernafasan yang betul dalam sesuatu bentuk exercise yang dilakukan. Ini bagi menjamin keselamatan anda daripada sebarang kecederaan. Melalui pengalaman coach, ramai yang baru pergi ke gym tidak tahu melakukan exercise dengan cara yang betul.
Jadi, exercise yang dilakukan oleh mereka tidak akan berkesan sama sekali. Itu yang dah berbulan2 pun tak ada result positif langsung dan penyudah nya anda berhenti kerana tak nampak sebarang perubahan Tidak kurang juga ada yang melakukan aksi yang membahayakan tubuh badan diaorang sendiri. Anda mesti ingat, alatan di gym anda semuanya berat-berat, berbucu tajam, dan sebagainya.
Pelan Exercise Yang Bersesuaian & Ekspektasi Klient
Setiap orang mempunyai focus atau target yang berbeza, Malah bentuk exercise atau program yang diberikan oleh trainer, mesti lah yang bersesuaian dengan target anda. Trainer yang bagus mestilah mempunyai pengetahuan yang luas dalam menentukan hala tuju workout anda supaya ianya bersifat efektif dan berkesan.
Sebagai contoh: Rutin seorang ahli bina badan tidak akan sama dengan seseorang yang ingin menguruskan badan. Dan anda juga dapat mengetahui berapa lama, bila dan berapa berat ideal yang akan anda capai dalam program yang ditetapkan kelak.
Rutin Exercise Yang Pelbagai
Cabaran yang paling besar untuk jadi FIT nih selalunya untuk maintain dengan rutin workout seharian anda . Maka disinilah peranan Trainer anda sangat penlting dalam mempelbagaikan rutin workout anda dengan mengunakan peralatan fitness yang berlainan dan cara atau sistem training yang berbeza, Barulah tak boring kan? Ada masa buat weight training, ada masa mungkin circuit training atau mungkin kickboxing. Lebih seronok kan? Bergantung kepada kepakaran Trainer anda nanti.Ini jugak penting untuk motivasi yang positif untuk anda.
Push Anda Untuk Pergi Lebih Jauh
Workout sendiri dan mempunyai trainer selalunya akan memberikan impak yang sangat berbeza. Kalau bersendirian, anda akan lebih menjurus untuk buat exercise anda secara ala kadar dan lebih suka mengelat. Ini lah dua benda yang Coach selalu nampak pada orang yang tidak mempunyai trainer di mana2 gym.
Dan ramai yang kecundang pun sebab takda orang yang boleh push mereka untuk buat lebih daripada apa yang mereka mampu lakukan. Tahap motivasi yang tinggi tu pun sangat lah penting dalam mencapai target yang anda ingin kan. Trainer yang bagus mampu motivate anda untuk pergi extra jauh.
Bagaimana Hendak Memilih Personal Trainer Yang Bagus?
Seorang trainer yang bagus akan bersama anda dari mula hingga lah ke akhir perjalanan program fitness anda. Pengalaman dan tahap penggetahuan yang tinggi juga memainkan peranan yang penting dalam memilih trainer yang bagus. Antara kritiria nya adalah seperti berikut:
1. Kelayakan yang diiktiraf.
Kelayakan dan pengetahuan yang luas amatlah penting dalam memilih seorang trainer yang bagus. Pastikan mereka mempunyai pengetahuan yang diiktiraf. Contohnya, Pengajian Sport Science, National Strength and Conditioning Association (NSCA), (ACE )American Council Of Exercise Certified dan sebagainya. Ini bagi memastikan mereka mempunyai kepakaran dalam bidang yang bakal digunakan dalam membantu anda.
2. Pengalaman Yang Luas & Pelbagai.
Memang tidak dinafikan Kelayakan atau tahap pendidikan yang berkaitan itu penting untuk seorang trainer. Tetapi Coach perhatikan ramai trainer yang kurang pengalaman dari segi praktikal. Malah tidak professional seperti yang dikatakan melalui kelayakan pendidikan mereka. Jadi, carilah trainer yang sekurang-kurangnya mempunyai pengalaman minimum 2 tahun keatas sebagai Personal Trainer dalam bidang Fitness.
Antara Pusat fitness yang mempunyai trainer yang bagus dan berkualiti adalah Fitness First. Bukanlah kerana Coach pernah bekerja sebagai trainer di sana, tetapi mengikut pengalaman sendiri dan kenalan serta rakan2 dalam bidang fitness ni, haa ni Coach nak share ckit pengalaman semasa nak mintak kerja di Fitness First dulu. Fitness First merupakan pusat fitness no.1 di dunia tidak dinafikan atas faktor2 berikut:
- Mempunyai cawangan di seluruh dunia.
- Screening process untuk pengambilan trainer dilakukan dengan sungguh ketat dan mengikut piawaian yang sangat tinggi.( sebelum interview kena lah melalui ujian kecergasan yang sangat tough, kalau fail tak dapat interview.Sekiranya lulus, barulah dapat interview di cawangan tertentu. Sekiranya terpilih, bakal trainer haruslah menduduki ujian teori dan praktikal, sekira nya gagal salah satu maka anda tidak akan dapat diambil bekerja sebagai trainer. ) Ini lah baru betul, malah Fitness First mementingkan pembelajar yang berterusan. Setiap bulan, latihan tentang peralatan atau pengetahuan fitness diadakan bagi memastikan trainer sentiasa update dengan pengetahuan yang terbaru dan terbaik. ini sekali gus menambah pengalaman dan pengetahuan trainer yang mengambil bahagian. Tidaklah seperti pusat fitness commercial yang lain, yang hanya profit oriented. Ada pusat fitness commercial langsung tidak menitik beratkan pengambilan yang telus.Asal boleh kerja sudah, lepas ambil kerja pandai2 la belajar sendiri tentang fitness. Percaya tak?haha tapi ni lah hakikatnya, bukan lah semua tetapi kebanyakanya.
- Equipment yang digunakan sangat berkualiti dan heavy duty.
-Bersifat eksklusif, dan selesa pada harga yang berpatutan.
3. Bersifat Professional & Disiplin
Sekiranya trainer anda memberi fokus 100% pada anda setiap sesi tanpa bermain handphone, tidak sentiasa melihat jam ,atau tidak selalu fokus pada benda lain selain anda maknanya dia lah trainer yang bagus. Anda membayar trainer untuk focus pada anda dan anda berhak untuk itu. Mereka juga seharusnya berdisiplin dan sentiasa menepati waktu kerana setiap sesi selalunya berjalan selama 1 jam.Tidak lebih tidak Kurang.
Masih tidak tahu trainer mana yang bagus??? satu lagi cara untuk tahu adalah melaui pemerhatian anda sendiri di gym. Anda boleh boleh melihat dan menilai bagaimana seseorang trainer itu melatih klient mereka sewaktu di dalam sesi.First impression counts. Trainer yang sibuk melayan klient back to back selalunya merupakan trainer favourite yang menjadi kesukaan ramai. Profil trainer juga dapat dilihat di setiap pusat fitness commercial bagi memudahkan anda melihat kelayakan dan pengalaman mereka untuk dinilai.
Kesimpulanya, tidak lah wajib untuk mengambil personal trainer. Tetapi jika anda mempunyai bajet yang lebih, boleh lah invest dalam mempelajari ilmu fitness dan kesihatan agar anda memperoleh pengetahuan dan ilmu serta dapat meningkatkan lagi tahap fitness anda ke tahap yang lebih baik.
Yuran Nya juga bergantung kepada jumlah sesi yang anda inginkan. Tapi ingatlah mencegah penyakit itu lebih penting dan baik daripada mengubati. Jadi buat lah pilihan yang terbaik untuk diri anda sendiri.Bila dah sakit nanti lagi banyak duit akan keluar. Ini adalah untuk jangka masa panjang.Thats sounds like a good health investment right? See ya soon......
Kita jumpa di post yang akan datang dan akan lebih menarik lagi.
Sekian Terima kasih.
Izwan Yusop,
Advanced Personal Trainer
Fitness First SCM
0 comments:
Post a Comment