Ads 468x60px

Thursday, 4 February 2016

5 TIPS PERMULAAN MENGURANGKAN MASALAH BERAT BADAN?



Ini satu soalan yang selalu bermain di fikiran anda, especially bagi yang ada masalah berat badan dan nak mulakan exercise. Niat korang tu dah bagus, cuma nak mulakan tu memang memerlukan keberanian dan komitmen yang tinggi serta konsistensi jangka masa panjang. Bukan mudah nak buat ape yang kita tak biasa buat atau ape yang orang badan cantik2 ni buat. Tapi sume tu tak mustahil kalau korang ada azam yang kuat nak berubah.

 Hari Ni saya nak kongsikan 5 TIPS untuk korang, supaya perjalanan FITNESS korang lebih effektif dan menjadi.

  1. Persediaan Fizikal dan Mental.- Pastikan korang cek dengan doktor tentang tahap kesihatan fizikal korang, lebih-lebih lagi yg memang dah ada penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, lemah jantung dan sebagainya. Untuk memastikan yang korang tak salah pilih  aktiviti yang bakal memberi kesan yang lagi teruk terhadap kesihatan korang. Seterusnya dari segi ketahanan mental. Antara faktor2 yang korang kena ready contohnya seperti keyakinan diri atau pengetahuan dalam melakukan exercise, sokongan moral dari orang terdekat dengan korang, dan sama ada korang pilih aktiviti yang korang boleh enjoy ( contohnya: group exercise /weight training/ kick boxing dll).
  2. Plan/Rancang- Sebelum memulakan apa2 workout, plan atau rancang dahulu perjalanan fitness korang berdasarkan 3 faktor penting ni: Bila korang nak exercise? pilih sekurang-kurangnya  3 hari dan masa yang sesuai dengan jadual harian korang setiap minggu.Jenis exercise yang korang perlu buat?Exercise yang terbaik adalah sesuatu yang korang boleh enjoy buat baru lah korang tak rasa susah nak maintain or konsisten untuk jangka masa panjang.Berapa lama untuk setiap sesi?Mulakan dengan 15 minit dahulu sebagai permulaan dan perlahan-lahan extend dari minggu ke minggu kepada  minnimum 30 setiap sesi atau mungkin lebih.
  3. Bawa Teman- Penting untuk bawa teman yang ada misi atau goal yang sama dengan korang. Barulah ada semangat untuk capai matlamat dan ada dorongan positif serta daya saing yang tinggi untuk menjadi lebih baik. Ada masanya korang akan rasa malas tetapi partner ni lah yg akan bagi push dan dorongan supaya tak hangat2 taik ayam ye.
  4. "Take It easy" - Jangan terlalu memaksa diri anda untuk dapat hasil yg terlalu cepat. Progress yg sedikit demi sedikit terbukti mampu membawa kesan jangka masa panjang .Mungkin korang akan rasa tercabar bila tengok orang yg workout 6 hari seminggu KAW2. Tapi mungkin diaorang dah lama dan lebih berpengalaman dalam hal ini. So pelan2 eh!Jangan stresskan diri korang. Itu pun mampu buat kita stop separuh jalan.
  5. Realistik - Masalah utama pada yang baru nak mulakan program workout ni selalunya letak TARGET yg tak logik. Set target tu dah bagus dah, tapi biarlah realistic.Contohnya, korang dah OVERWEIGHT selama lebih 10 tahun. Tapi nak kurangkan berat 20kg dalam masa 10 hari, MANA BOLEHHH. tu nama nya tak realistik. Bina asas pengetahuan korang dahulu dan dari situ barulah boleh progress lebih baik dan cantek babe.ok?
Haaa jadi dah nampak kan? so korang boleh lah mulakan dengan 5 tips asas yang saya dah berikan ni sebagai panduan korang. Ni dari pengalaman saya sebagai seorang yang pernah overweight dan sebagai Personal Trainer yang berpengalaman selama 9 Tahun dalam industry  fitness nih. 

Kita jumpa di post yang akan datang dan akan lebih menarik lagi.
Sekian Terima kasih.

Izwan Yusop,
Advanced Personal Trainer
Fitness First SCM



0 comments:

Post a Comment