Ketahuilah setiap badan manusia ni tidak dijadikan sama dari segala aspek. Sebelum memulakan perjalanan atau rutin FITNESS anda, adalah amat penting untuk mengetahui JENIS BENTUK BADAN anda supaya diet, rutin exercise dan matlamat realistik program fitness anda tercapai.Pada umumnya ada 3 jenis bentuk badan asas manusia di dunia ni yang perlu anda tahu.Sila lihat di bawah:
Ectomorph |
Giuliana Rancic |
Ectomorph diketahui sebagai bentuk badan yang kurang berlemak dan mempunyai jisim otot yang agak rendah.Secara semulajadinya, kategori ini lebih kurus berbanding yang lain. Bentuk badan nampak lebih panjang untuk bahagian pinggang ke atas dan kebawah. Manakala sambungan antara organ seperti joint dan rangka badan nampak lebih kecil secara keseluruhan. Tetapi, kadar metabolism bagi Ectomorph sangatlah tinggi serta tahap toleransi karbohidrat yang bagus membuatkan mereka tidak mudah gemuk, walaupun makan pada kadar yang banyak dari biasa.Diet tinggi karbohidrat dan sederhana protein dan lemak adalah sesuai bagi yang dalam kategori ini.
Mesomorph |
Bella Falconi |
Mesomorph pula, merupakan bentuk badan yang paling seimbang atau paling ideal dari segi bentuk asas otot malah jisim lemak yang tidak ketara membuatkan seseorang yang memiliki bentuk badan seperti ini tampak lebih maskulin dan segak(lelaki) atau Solid, montok dan Mantap (Perempuan). Mempunyai bahu dan dada yang lebih bidang, ukur lilit pinggang lebih kecil dan ramping serta bentuk badan yang lebih pejal. Lazimnya bentuk badan seperti ini boleh kita lihat di kalangan atlit-atlit sukan atau seseorang yang aktif.Diet yang sesuai bagi kategori ini adalah seimbang dari segi komposisi karbohidrat, protein dan lemak.
Endomorph |
Kelly Clarkson |
Endomorph selalunya tampil lebih besar dan mempunyai jisim lemak yang lebih tinggi.Tahap metabolisma yang rendah membuatkan badan akan menyimpan lebihan kalori sebagai lemak di dalam badan. Selalunya kategori badan seperti ini kurang bersenam atau tidak aktif. Bentuk badan yang bulat atau mengembang dapat dilihat lebih-lebih lagi di bahagian perut,pingang, peha dan pinggul.Disebabkan jisim yang berlebihan, seseorang itu juga akan tampak lebih rendah dari biasa. Diet yang bersesuaian dengan bentuk badan ini adalah tinggi kandungan protein, rendah lemak dan karbohidrat rendah glisemik yang mampu membuatkan anda rasa kenyang lebih lama disebabkan kandungan serat yang lebih tingi.
Kesimpulannya, bentuk badan yang ideal adalah Mesomorph, anda mampu mengubah dari ecto ke meso atau endo ke meso bergantung kepada diet dan workout yang di sarankan bagi setiap kategori di atas. Anda nak tahu apa rutin ynag sepatutnya?Haaa, jadi stay tune untuk post yang akan datang. Dimana saya akan BONGKARKAN cara workout yang betul mengikut jenis badan anda.Ok lah jumpa lagi ye...byeeeeee
Izwan Yusop,
Advanced Personal Trainer.
Fitness First SCM.
0 comments:
Post a Comment