Ads 468x60px

Wednesday, 10 February 2016

Home Workout Vs Gym Workout

Well….

My VERDICTS, dua2 pun akan beri benefit kepada anda semua. Pilihan di tangan anda. Tetapi  sebagai seorang PERSONAL TRAINER, ia bergantung kepada target dan focus anda. Sekiranya focus anda lebih kepada untuk general health then lebih baik workout di rumah sahaja atau di kawasan sekitar rumah(seperti di taman2 permainan) kerana tiada TARGET yang focus kepada sesuatu yang specific seperti hendak kurangkan berat, bina otot untuk fitness atau bina badan, latihan untuk performance enhancing(athlete sukan), untuk membantu memulihkan tahap kesihatan seperti (darah tinggi,kencing manis, lemah jantung dan sebagainya).

Kepada yang ada target tertentu seperti yang saya sebut diatas, contoh nya anda nak capai berat badan yang ideal serta bentuk badan yang cantik, lebih praktikal untuk anda join Fitness Centre atau Gymnasium yang mempunyai peralatan yang baik serta complete. Ini kerana gymnasium yang lengkap dengan peralatan yang bagus akan memudahkan perjalanan fitness anda. Antara peralatan yang perlu ada dalam sesebuah GYM haruslah seperti berikut (cardio machine, strength machine, free weight machine, dumbbell, serta alatan functional training yang lain seperti kettlebell, viper, TRX dan dll). Perjalanan fitness anda sepatutnya menjadi satu lifestyle atau gaya hidup yang bersifat long term dan bukannya hangat2 “taik ayam. ”

Pengetahuan dalam mengunakan alatan di GYM boleh dipelajari sedikit demi sedikit. Lebih banyak anda bercampur dengan kenalan2 di GYM, lebih banyak yang akan anda pelajari. Sudah pastinya juga setiap gym mempunyai PERSONAL TRAINER untuk membantu anda dalam pengunaan asas sesuatu alatan fitness. Jadi anda tidak perlu risau.



Peralatan fitness yang pelbagai juga membolehkan anda mencuba sesuatu yang baru dan selalunya boleh membawa kepada perubahan dalam rutin exercise anda, barulah anda tidak berasa bosan dengan melakukan rutin yang sama setiap minggu, hari dan bulan2 yang bakal mendatang. Bila rasa bosan sudah melanda diri anda, kemungkinan untuk berhenti separuh jalan juga amatlah besar.

Anda juga boleh mencuba kelas2 GROUP EXERCISE yang di tawarkan di kebanyakkan gymnasium kerana selalunya ia akan termasuk dalam yuran keahlian anda di kebanyakan gym. Mungkin juga  membawa teman rapat bersama merupakan suatu idea ynag baik.Mereka boleh mencuba TRIAL SESSSION dan ini akan menarik minat teman rapat  untuk turut serta dalam misi FITNESS anda. Baru lah ada geng.

Kebanyakkan GYM commercial juga menawarkan servis lain seperti locker room, shower room, sauna, juice bar dan macam-macam lagi kelebihan yang membuatkan anda rasa lebih selesa. HAA, jadi ape tunggu lagi?? Pergi lah survey gym2 commercial yang berdekatan dengan anda dan buat pilihan yang bijak serta pastikan servis dan harga yang ditawarkan berbaloi.

Jumpa di post yang berikutnya, saya akan kongsi kan tips2 yang lebih menarik untuk beginners2 ye. Tungguuuuu.Terima kasih kerana membaca.

Gambar kenangan admin bersama Fitness Team dan  Regional Fitness Manager Fitness First  Dave Nuku a.k.a Sifu kitaorg (Biggest Loser Asia Trainer) semasa official launch Fitness First SCM 2012, 


Sekian 

IzwanYusop,
Advanced Personal Trainer
Fitness First SCM

0 comments:

Post a Comment