Ads 468x60px

Saturday, 2 July 2016

4 Tip Kekal Kurus Di Hari Raya.

Assalamualaikum semua.
Coach rasa masih belum terlambat untuk kongsikan TIPS-TIPS bagaimana untuk kekal langsing di bulan Syawal yang mendatang ni. Saya percaya mesti ramai yang telah dapat mengurangkan berat badan berkilo-kilo di bulan puasa ini atas sebab kesihatan mahupun mengambil kesempatan di bulan puasa untuk tampil lebih slim dan sado sempena Hari Raya nanti.

Tapi tidak kurang juga ada yang berjaya menurunkan berat badan di bulan puasa tapi apabila Syawal menjelma, berat badan anda naik semula atau mungkin lebih tinggi dari sebelumnya. Ini berlaku disebabkan kita kalah dengan godaan pesta makanan di hari raya yang sungguh meriah dengan jemputan rumah terbuka hampir setiap minggu dari satu rumah ke rumah yang lain. Memang tidak dinafikan kita sepatutnya menyambut Syawal dengan rasa gembira dan mengunjungi rumah sanak saudara dan sahabat handai bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara ummah. Tapi janganlah sampai kita tidak mampu menahan godaan nafsu makan,lauk-pauk Raya dan kuih muih yang terhidang luas di depan mata kita.


Jadi di sini coach nak kongsikan tips atau rahsia, bagaimana anda semua boleh mengawal nafsu makan anda apabila menghadiri rumah terbuka mahupun berdepan dengan masakan keluarga kita sendiri yang memang sedaapppppppp!.

1. Kuasa Minda /Mindset Anda.
- Ketahuilah minda anda mampu mengawal niat  dan pemikiran anda untuk melakukan sesuatu. Di bulan puasa, kita telah pun berjaya menentukan mindset kita untuk berpuasa di sepanjang bulan Ramadhan dan mampu mencapai target untuk mengurangkan berat badan kita. Tetapi kenapa kita tidak set minda kita untuk melakukan perkara yang sama di bulan Syawal? Sedangkan perbuatan dan niat kita di pengaruhi oleh minda yang merancang segalanya melalui "impulse". Jadi pertama sekali set minda anda untuk mengawal pemakanan di Hari Raya dan imbau kembali bagaimana perjalanan anda mampu mengurangkan berat di bulan puasa dan betapa susahnya perjalanan tersebut. Apabila anda telah mempunyai mindset yang betul maka segalanya lebih mudah untuk diharungi kerana anda tahu perjuangan untuk kekal slim dan sado masih belum terhenti.

2. Kawal Makanan Berkarbohidrat.
- Di bulan Raya ini banyak makan yang berasaskan karbohidrat sedia terhidang. Antaranya nasi himpit,ketupat,lemang, minuman manis, kuih muih yang manis2 dan banyak lagi sehingga menyebabkan kita terlebih mengambil makanan2 tersebut. Bayangkan kalau kita ada lebih dari 5 rumah terbuka untuk dihadiri dalam satu2 hari , maka berapa banyak air manis dan kuih muih yang kita dah hentam. Itu kalau sehari! Bayangkan sebulan!. Jadi petua nya bawa botol air minum anda sendiri iaitu air kosong dan elakkan minum minuman manis yang sedia di hidang. Kurangkan pengambilan karbohidrat yang popular seperti ketupat, lemang, nasi himpit dan sebagainya kerana ianya bersifat high glycemic yang mana akan diproses oleh badan dengan cepat dan akan menyumbang kepada kalori yang tinggi di dalam badan. Jika kalori ini tidak digunakan dengan sebaiknya, maka akan disimpan sebagai lemak di dalam badan.Nak ke? Bagaimana nak mengawal pengambilan karbohidrat ini? Kecilkan portion makanan anda dengan menggunakan pinggan yg lebih kecil sewaktu mengambil makanan di rumah2 terbuka. Dengan ini kita tidak akan tersasar dengan mengambil makanan yang berlebihan.


3. Kawal  Pengambilan Lauk-Pauk Yang Berminyak Dan Berkuah Secara Berlebihan.
- Secara amnya masakan seperti rendang, gulai, kuah lontong, masak merah ,kari, dan masakan bersambal mempunyai kandungan minyak dan lemak yang tinggi kerana cara memasak yang memerlukan kita menumis dengan minyak yang agak banyak dan ditambah lagi dengan lemak yang turun ke kuah dari sumber seperti daging, ayam dan sebagainya. Jadi satu cara yang boleh anda praktikkan adalah dengan tidak mengambil kuah yang bergelumang dengan minyak tetapi hanya ambil sumber protein nya sahaja seperti ayam atau daging dan lain2. Mungkin makanan anda akan rasa sedikit kering tetapi coach pasti, rasa rempah yang kuat dalam masakan Raya kita masih lagi terasa. Ini bukanlah jaminan yang makanan itu akan menjadi lebih sihat, akan tetapi kita dapat mengurangkan pengambilan lemak dan minyak yang berlebihan. Seperti mana yang anda perlu tahu kandungan kalori lemak lebih tinggi daripada karbohidrat dan protein.

Panduan Kandungan kalori:

  • 1 gram Protein = 4 kalori
  • 1 gram Karbohidrat = 4 kalori
  • 1 gram Lemak = 9 kalori



4. Lebihkan Memakan Buah-Buahan.
- Selalunya hidangan makanan sewaktu hari raya kurang atau tidak menghidangkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Jadi selepas sehari suntuk anda sental makanan yang berminyak di rumah-rumah terbuka, pabila waktu malam jadikan buah-buahan sebagai makan malam anda yang mempunyai serat yang tinggi dan gula atau manis yang semulajadi. Serat buah-buahan tersebut dapat mengeyangkan anda  dan juga berfungsi sebagai detoxifying agent.

Semoga dengan tips2 yang coach berikan ini dapat membantu anda meraih keyakinan semua terhadap perjalanan fitness anda. Fokus dan sentiasa ingat target anda untuk ke arah kesihatan dan bentuk badan yang lebih baik.

Coach Ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Sekiranya Selama Ini Coach Ada Terkasar Bahasa Kepada Semua Rakyat Malaysia. Semoga anda sukses dan sihat2 selalu. Insyallah.....


Izwan Yusop
Advanced Personal Trainer
Fitness First SCM





0 comments:

Post a Comment