Ads 468x60px

Tuesday, 12 July 2016

RF Gym - Review

 

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.

Hari ni coach nak review satu lagi gym yang paling dekat dengan rumah coach iaitu RF Gym.Terletak di Taman Teratai Mewah Setapak. Ini adalah gym yang coach selalu jugak pergi kadang-kadang kerana dekat dan boleh jalan kaki je dah sampai. Bila berjalan tu boleh jgk la warm up badan dan bila sampai, stretching sikit dan terus boleh workout. Kalau ikutkan gym ni  terletak  di tepi jalan utama, tetapi disebabkan tempat ni agak sibuk dan banyak pokok2 besar yang tumbuh di sepanjang jalan jadi agak susah sikit lah  nak perasan  yang kat sini ada gym.


Kalau anda masuk gym ni, seperti biasa anda boleh tahu  yang ini adalah hard core gym yang di selalu dilawati oleh bodybuilder dan penggemar fitness dari pelbagai latar belakang. Di sini tiada ruang atau kelas untuk group exercise, jadi rata2 pelanggan yang datang adalah dari kaum lelaki yang lebih sukakan latihan beban dan cardio. Tetapi ada juga pelanggan2 wanita yang datang untuk melakukan latihan cardiovascular dan weight training disini. So kepada wanita-wanita diluar sana jangan risau ye . 


RF Gym juga menawarkan khidmat personal trainer pada kadar yang berpatutan dan kepada yang hendak melakukan latihan muay thai atau kickboxing pun boleh sebab ada punching bag skali. Tapi mesti lah dengan tunjuk ajar dari personal trainer ye. 


Ahli
Pendaftaran= RM 30
Yuran bulanan = RM60
Yuran setahun RM 600
Locker PERCUMA
Personal Trainer = RM40 setiap sesi
Bukan Ahli
Walk-in(Latihan beban shj) =RM5
Treadmill = RM2

Syarat-syarat lain:
Selipar tidak dibenarkan
Mesti Bawa Towel
Umur 15 tahun keatas shj.
No smoking zone.



Rating selebihnya boleh dinilai dari aspek-aspek seperti berikut:

Customer Service- Rating (3.5/5).
Gym ni tak ramai sgt staf, jadi selalunya yang menjaga adalah owner nya sendiri. Beliau amat pentingkan kebersihan dan sentiasa ramah melayan pelanggan. Tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan pelangan yang lain. Jadi coach rasa tak banyak masalah. Cuma mungkin kalau ada staf yang buat part time  kadang-kadang tu, owner make sure diorang pun layan pelanggan dengan lebih ramah.


Cleanliness & Maintenance- Rating (3.5/5).
Baru2 ini setelah dilakukan proses membaik pulih oleh  owner gym, suasananya lebih bersih dan teratur dengan lantai yang baru dicat. Cuma kena pastikan alatan seperti machine perlu dilap dengan lebih kerap untuk mengelakkan habuk terkumpul lebih -lebih lagi kebanyakan machine nya berwarna putih jadi agak ketara jika kurang diberi perhatian. Ini juga penting supaya customer lebih selesa untuk workout. 

Layout & Organize - Rating (3/5)
Dari segi susun atur alatan di gym, secara keseluruhan agak teratur. Alatan disusun mengikut kategori seperti cardio machine, weight machine , plate loaded machine dan sebagainya .Cuma dibahagian dumbbell dan barbell agak sempit kerana ada 3 free weight machine diletakkan disana. Mungkin owner boleh adjust sikit supaya machine tersebut dialihkan dan diganti dengan cable machine supaya lebih banyak ruang, lebih-lebih lagi di waktu peak hour. Semasa peak hours, ramai customer tidak meletakkan kembali alatan seperti dumbbell dan plate ke tempat asal dan menyebabkan ruang jadi lebih sempit dan kurang teratur. Owner dilihat selalu menyusun kembali alatan yang bersepah tetapi kita sebagai pengguna perlu juga melakukan yang sama untuk kesenangan dan keselesaan pelanggan yang lain. Owner juga perlu educate customer untuk berbuat demikian supaya tak ada lah penat nak buat semua sorang2 kan.


Equipments - Rating (3/5)
Rata-rata equipment disini berada dalam keadaan yang baik. Cuma ada adjustable bench di bahagian dumbbell yang agak tidak stabil dan skrunya mudah terkeluar. Diharap owner boleh membaik pulih bench tersebut atau menukar kepada yang baru atas faktor keselamatan dan keselesaan pelanggan. Ada beberapa accessories yang perlu ditambah untuk mengvariasikan lagi corak latihan pengguna kerana alatan seperti tricep rope, v-bar dan wide grip pulley atau parallel wide grip lat pulldown bar tidak ada untuk digunakan. Alatan ini sepatutnya ada di semua gym2 supaya rutin  boleh di pelbagaikan.
Environment & Surrounding - Rating (3/5)
Disini, seperti biasa waktu peak hour adalah di antara pukul 5 petang hingga tengah malam. Jadi anda perlu tunggu lebih lama untuk menggunakan sesuatu machine. Kalau nak mengelakkan suasana yang terlalu sibuk anda boleh datang waktu pagi dan tengah hari.Lebih tenang, relax dan tidak crowded. RF Gym tidak mempunyai aircond, jadi apabila ramai pelanggan, keadaan akan menjadi agak panas dan lembab akibat kurang ventilasi kerana hanya menggunakan kipas. Lebih2 lagi di siang hari. Coach sarankan supaya pihak RF Gym memasang aircond supaya pelanggan lebih selesa dan nyaman. Tambahan pula cuaca di Malaysia semakin panas sejak akhir2 ni. Takut nanti kena heat stroke dan dehydrated pulak.

Lokasi RF Gym ni terletak di Taman Teratai Mewah Setapak, dekat area Danau Kota Jugak,  atas Restoran Anandur. Untuk maklumat lanjut boleh contact 016-3747919. Waktu operasi dari 8am- 12pm. Kalau anda hendak beli supplement dan accessories pun diaorg ada jual sekali.




Ok lah, sampai sini dulu buat masa ni. Kalau ada ape-ape maklumat tambahan coach akan updated korang lagi eh. See you in my next post. Thank you.

Izwan Yusop
Advanced Personal Trainer
Fitness First SCM





0 comments:

Post a Comment