Ads 468x60px

Wednesday 20 July 2016

SEREMBAN FITNESS FEST 2016

THE PLATFORM FITNESS CENTRE menganjurkan buat julung kalinya program FITNESS FEST pada 18 SEPTEMBER 2016. Ia bakal merangkumi 4 program utama seperti:
● Pertandingan Badan Cantik "MR SMART PHYSIQUE" (Lelaki)
Serlahkan bakat anda dalam bina badan cantik dan berpeluang menangi hadiah sehingga RM1000! 
Para peserta dikehendaki memakai jeans panjang atau 3 quarter. Tanning diperlukan tetapi pemakaian kiwi adalah tidak dibenarkan sama sekali. Pra-pendaftaran akan bermula pada pukul 9.00pg, 18 September 2016. Setiap peserta akan diberi T-shirt rasmi program serta Lunch Pack (Chicken Grill/Salmon Grill)

ZUMBA PARTY 3 SAKA SPECIAL (Perempuan)
JOM bersama 3 SAKA dalam aksi ZUMBA paling menarik 2016! Setiap peserta akan diberi sehelai T-shirt rasmi program serta goodies bag daripada penaja!ZUMBA PARTY adalah terhad kepada wanita sahaja untuk memberi keselesaan maksimum kepada mereka di dalam dewan. Tiada lelaki yang akan dibenarkan masuk!
● SEREMBAN FITTEST SURVIVAL (Terbuka)
Uji kemampuan fizikal anda dengan 8 rutin exercise yang perlu dilengkapkan dalam masa 45 minit. 8 rutin terbabit merangkumi beberapa aspek berikut


- SPEED 
- STRENGTH 
- POWER
- ENDURANCE
- AGILITY

Rutin-rutin terbabit akan dikeluarkan 1 ( SATU) bulan sebelum pertandingan iaitu pada 18 Ogos 2016. Para peserta perlu melengkapkan rutin terbabit dengan teknik dan cara yang betul. Sebarang kesilapan besar dalam teknik akan menyebabkan anda tersingkir.

Peserta yang berjaya melengkapkan 8 rutin terbabit layak menerima "FITTEST MEDAL"!

KID-FIT-FUN (Kanak2 bawah 15 tahun)

Ia seperti ala-ala crossfit tetapi untuk kanak-kanak.


Program yang julung-julung kalinya akan diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi. Terdapat banyak hadiah menarik menanti anda semua! Sila rujuk poster yang disediakan dibawah untuk maklumat lanjut atau hubungi 016 664 3890.
Daftar sekarang! T-shirt percuma untuk 300 peserta pertama!
SILA DAFTAR DI LINK DI BAWAH INI
Sekian Terima Kasih.
Credit to : (THE PLATFORM FITNESS CENTRE)

Izwan Yusop
Advanced Personal Trainer
Fitness First SCM


0 comments:

Post a Comment