Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Hari ni coach nak buat review sikit tentang gym2 yang coach pernah pergi. Dan kali ni, gym yang coach nak review adalah Xtreme Hardcore Gym di Dataran Wangsa, Wangsa Melawati. Kalau nak diikutkan, coach selalu je lalu area ni, tapi tak berapa perasan sangat yang area ni ada gym disebabkan signboard yang kurang menyerlah. Tapi akhirnya perasan juga setelah sekian lama. Dan nak dijadikan cerita lepas dah try skali, sebenarnya dah few times jgk la coach datang sini.
First impression, kita boleh rasa ini hardcore gym yang menjadi pilihan bodybuilder dan penggemar fitness secara am.Kebanyakan pengunjungnya adalah lelaki tetapi, ada jugak di kalangan kaum hawa yang datang untuk workout especially yang inginkan kelas2 seperti group exercise,tae-kwan do, muay thai dan zumba. Disini juga disediakan tempat "khas wanita" untuk menggunakan peralatan cardio seperti treadmill, stationary bike, cross trainer dan lain2. Equipment lain kena share lah ye.
Anda boleh bayar per-entry sebanyak RM5. Tiada had masa ditetapkan dan juga dilengkapi dengan changing room, locker, tandas dan surau. Parking juga mudah dan percuma. Bayaran ahli juga amat berpatutan dari RM40-RM70 sebulan.
Antara pengalaman lain yang coach boleh kongsikan adalah mengikut aspek2 seperti di bawah ye:
Customer Service- Rating (3.2/5)
Layanan dari staf di gym macam standard hardcore gym biasa2 sahaja tiada yang extra-ordinary. Coach rasa, management gym boleh tingkatkan lagi interaction dengan customer kerana staff lebih banyak duduk di belakang kaunter. Jika mereka interact lebih mesra atau kerap berinteraksi dengan customer, mungkin mereka boleh push lagi value added servis yang lain seperti personal training, supplement recommendation, body composition analysis dan sebagainya yang boleh bawa extra sales and profit kepada bisnes.
Cleanliness & Maintenance- Rating (3.5/5)
Secara keseluruhannya memuaskan, tetapi boleh diperbaiki lagi especially diwaktu peak hours. Kalau boleh, equipment dan dinding yang ada kesan hitam akibat bergesel dengan plate atau besi dan sebagainya perlu dibersihkan supaya tampak lebih kemas dan cantik.
Layout & Organize - Rating (3.5/5)
Dari segi layout, equipment gym di susun mengikut fungsi seperti machine, free weight machine, dumbbell dan barbell, cable , smith machine dan cardio area. Cuma equipment seperti weight plates, dumbell dan barbell agak kurang teratur dan tidak dikembalikan kepada tempat asal setelah digunakan. Customer sendiri yang sepatutnya bertanggungjawab mengembalikan peralatan ke tempat asal bagi memudahkan pengguna gym yang lain .Manakala pihak gym juga sepatutnya bertanggungjawab menyusun semula atau educate customer anda untuk menyusun kembali equipment yang telah digunakan supaya gym anda tampil lebih kemas dan selesa untuk semua.
Equipments - Rating (3.5/5)
Kebanyakan equipment boleh dikatakan lengkap untuk pelbagai fungsi. Cume ada beberapa machine yang padding seat/bench nya agak season dan perlu dibaik pulih untuk keselamatan dan keselesaan pelanggan.
Environment & Surrounding - Rating (3.5/5)
Peak hour untuk gym ni selalunya di waktu petang hinggalah ke malam. Jadi kalau korang nak workout dalam suasana yang relax sikit tanpa bergesel bahu dengan customer lain dan que equipment yang panjang sangat, boleh lah datang pada waktu pagi atau tengah hari. Gym ini juga dilengkapi dengan aircond, jadi agak selesa dan sesuai untuk cuaca di Malaysia yang dah semakin panas sejak nak masuk akhir zaman ni.
Antara sebab-sebab coach selalu datang sini adalah kerana harga yang berpatutan, aircond yang membuatkan rasa lebih selesa, equipment yang complete dan lokasi yang hampir dengan kawasan tempat tinggal.
Waktu operasi adalah seperti berikut:
Isnin-Ahad : 8am-12am
Dibuka setiap hari termasuk (public holiday).
Untuk sebarang pertanyaan:
Anda boleh contact gym di 03-4141 6317
Layari Facebook: X'treme Hardcore Gym
Laman web:www.XtremeHardcore.com.my
No. 8-2 Lorong Dataran Wangsa, Dataran Wangsa Melawati
Kuala Lumpur. Satu bangunan dengan Wangsa Grill -Chef Zuber dan Butik Meylana-By Memey Suhaiza
Kalau anda bertuah, boleh la terserempak dan selfie dengan artis malaysia yang workout disini seperti Adi Putra atau atlit-atlit bina badan tersohor seperti Sazali Samad, Syed Fazli(musclemania pro) dan ramai lagi.Jadi coach rasa sekian sahaja untuk review kali ini, dan kita jumpa lagi dalam post yang akan datang.
Terima Kasih.
Izwan Yusop
Advanced Personal Trainer
Fitness First SCM
Fitness First SCM
0 comments:
Post a Comment